Home Novelet Komedi/Romantik Komedi SONATA [epilog]
SONATA [epilog]
Paina Rena
24/12/2014 03:03:20
25,570
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Dour 5

“CHE. Lost purpose sungguh.” Ayen menghembus nafas geram. Tali beg yang melintang di tubuh dikemaskan letaknya. Kot maroon yang dikenakan menyelamatkan haba tubuh dari kesejukan musim luruh turut dibetulkan letaknya. “Bukannya selalu boleh datang ke sini dan dengar performance piano first-hand… sekali kena halau keluar…” Memang panas hati.

Saiful di sebelah hanya memandang langit. “You lose nothing though.”

Ayen menoleh dengan muka keras. “Orang dah cukup baik bawak kau ke sini pun masih nak membebel. Kau memang tak tahu berterima kasih.” Dia berpeluk tubuh.

Mata biru itu menjeling. “First, kau yang refuse bila aku ajak tengok. Second, Adli dan wife dia yang belanja tiket ke sini. And third, kau even tidur masa lagu second. So,atas sebab apa pula aku kena berterima kasih kat kau?”

Sengih terukir lebar di wajah Ayen. Tubuh dikalihkan, menentang si jejaka tinggi sambil mencekak pinggang. “By simply exist by your side.”

Bibir kanan tertarik spontan. “Aha? Argument yang menarik. Elaborate sikit?” Kepala direndahkan, merapatkan muka ke wajah yang tersengih yakin itu.

“Naaa… kalau aku tak ajak kau tengok competition ni at the first place, kau takkan tahu benda begini wujud. Dan kalau tak pasal aku kantoikan hal kau ngan abang kau kat Adli, Adi takkan bagitau yang dia kenal abang kau tu. And third, kau dapat tiket free ke sini!”

Ketawanya terlepas perlahan. Kedengaran tampan di telinga si gadis. Ayen meredupkan senyum. Saiful pula tegak kembali. “Right… kau nampaknya ada pride dengan your prying business. Okay, aku tak kisah. Muchas gracis.” Senyum.

Mata bundar milik si gadis melayu melarikan diri ke lantai. Segan sedikit. “So, did you get what you wish for?” Tubuh dikalihkan semula menentang langit. Tak betah nak menentang senyuman tampan dengan voltan jutaan kilowatt itu. Berdebar bak hang! Ingat aku takda perasaan nak stay heartless?

“Yeah.” Bersinar lagi senyuman itu kali ini. “So much. Tapi aku masih perlukan bantuan kau lagi…”

“Lagi?”

“Yep. Pretty please?” Puppy face dilakonkan pada wajah kacak. Ayen terkedu. Riak meminta Saiful nampak innocent dan comel. Lagi-lagi mata redup dan biru terang itu terlalu…. Aaargh!

“Kau-kau-kau untuk apa muka tu?!” jerkahnya tidak puas hati. Dia sakit hati kerana tidak mampu membangkang! Bukan ke sebelum ini dia boleh senang-senang menolak kalau dia enggan? Tetapi muka itu… irresistible!!

“Haha. Kira kau setuju la ni?” Senyum ceria merebak lebar di muka kacak. Saja je nak buat gedik, tetapi reaksi Ayen memang agak kelakar baginya. Muka irresitible itu ketara! Aku bersyukur sungguh aku dilahirkan dengan muka kacak. Terima kasih ya Allah.

Uish. Poyo.

Menderam Ayen dibuatnya, lalu kepala dipalingkan ke arah lain. “Aku tak percaya aku dipermainkan bulat-bulat oleh lelaki yang baru kenal dua minggu…”

Its because we are perfect together…” Saiful membalas sambil menebar pandang ke seluruh ruang dewan. Dinding-dinding bangunan antik itu dihiasi lukisan-lukisan klasik. Pedulikan seni-seni yang berharga itu, ruang yang menempatkan peserta dicari.

Lady. Jom.” Saiful mula melangkah. Gadis bertudung hitam itu pula mendengus rendah.

“Mengarah orang je tahu.”


LANGKAH lelaki tinggi itu diekori hinggalah mereka tiba di tandas lelaki. Ayen ternganga, memandang pintu masuk tandas. Saiful menoleh padanya.

“Tunggu tau.”

“Wha…” Tak percaya. Mata membulat pada pintu masuk bila tubuh tinggi itu menghilang di sebalik dinding. Kaki terasa dipaku di lantai, tidak mampu bergerak ke mana-mana kerana terkejut sangat dengan apa yang si pan Asian itu buat padanya. Bawak jaln jauh-jauh semata-mata nak pergi tandas? Kenapa dia tak cakap awal-awal tadi?? Damn that guy!

What are you doing in front of gents lady? Never seen a male toilet, before?” tegur seorang lelaki. Ayen menoleh dengan muka sengal. Matanya bertembung dengan suit merah yang menutup kemeja putih. Butang atas kemeja dah pun ditanggalkan. Kepala terpaksa dilangut supaya nampak wajah insan yang menegur.

“Ergh. Another blue-eyed guy.” Sengal bertambah. Baru saja dipermainkan lelaki bermata biru, kali ini ditegur dengan sinis oleh lelaki bermata biru yang lain. Apa masalah lelaki bermata biru dalam dunia ni? Nak buat musuh dengan aku, cakap je la….

Lelaki itu senyap. Langkah yang nak masuk ke tandas terhenti dan pandangannya pada Ayen termati. Melekat sekali tenungannya pada wajah gadis melayu itu.

Are you… Nawal?”

Ayen terkedu. Kepala refleks terundur bila lelaki tinggi tersebut merendahkan kepala, merapat ke wajahnya. Mata biru galak itu besar sekali melata pada seluruh wajah, pada mata, hidung mahupun mulut. Sisi tudungnya disingkap supaya parut yang tenggelam ke kulit boleh dilihat dengan lebih jelas oleh si lelaki.

Noyou’re not her. Hahah.” Dia tegak kembali. “You guys look a lot. Are you her friend of something.” Kepala Ayen ditepuk-tepuk bersama senyum.

Naik angin. “I’m not her, I don’t even know her and mind keeping the distance, stranger?”

Syafik tersenyum nipis. “Where are you from? Malaysia?”

Ayen senyap. Enggan menjawab. Enggan berkomunikasi dengan manusia asing. Bahaya! Syafik pula mencekak pinggang.

“Nawal ialah rakyat Malaysia.”

Dan dahi Ayen berkerut. Lelaki tinggi itu kembali dipandang. Mungkin setinggi Saiful… kerana paras mata Ayen berada di bahu lelaki ini. “Reti cakap melayu?” Telunjuknya naik.

Syafik menjungkit bahu bersama senyum sumbing.

“Hahahaha…” Satu suara menyampuk. Serentak kedua-dua jantina itu menoleh, memandang si pemakai kemeja lengan panjang berpetak biru dan Tshirt kuning. Senang lenang gayanya yang bersandar siku di pintu masuk tandas. Anak mata biru kilat itu merenung redup si gadis. “You really are my guardian angel, Iron. I’m really glad meeting you here…” Dan tenungannya beralih pula pada lelaki yang dah lama dicari selama ini. “Assalamualaikum, abang.”

Syafik terkebil, lalu pucat riaknya! Kaki terundur setapak. “Sa-Saif…?”

Bahu dijungkit.


GADIS itu ditinggalkan berseorangan di tiang sana. Syafik menghela nafas panjang, merenung wanita asia bertudung hitam itu. Kejap memandang langit, kejap memandang siling, dinding, dan kemudian memandang mereka. Bila pandangan mereka bertemu, gadis itu melarikan pandangannya lagi buat kesekian kali.

“Mana kau jumpa awek tu? Abang mati-mati ingat dia Nawal.”

Someone yang menginap tempat yang sama dengan Saif kat sini…” Sengih. “Kalau abang nak jumpa Nawal, apa kata abang balik dengan Saif. Abang dah lama tak jenguk jiran abang tu kan? Nak dekat bertahun jugak.”

Keluh terhembus. “Abang sibuk la, Saif…”

“Sibuk to the point tak dapat nak balik rumah nak beraya sekalipun?”

“Abang takda rumah to return to, remember?”

“Habis Saif ni bukan tempat untuk abang to return, ke?” soalnya dengan nada keras. Syafik menjeling. Mata galak yang dimiliki lebih tegang sifatnya berbanding tenungan tajam si adik, membuatkan adiknya itu lalu menundukkan pandangan. Refleks. Masih ada rasa hormat untuk si abang. “Saif masih tunggu abang balik…. Saif taknak genap 10 tahun abang tak balik beraya… ni dah sembilan tahun I’m alone…. Saif dah taknak alonewith you and dad like thisand mom’s gone…”

Syafik menghela nafas panjang berupa keluhan. “Abang mintak maaf… abang mintak maaf sangat-sangat…”

Si adik mengangkat pandang, menentang mata biru kilat galak itu dengan tenungan redup darinya. “Forget the past. Saif taknak dengar maaf. Balik beraya tahun ni, boleh? Tu je yang Saif nak dari abang.”

Syafik senyap. Gagal menutur kata. Saiful turut senyap, menanti jawapan.

II can’t promise you that…”

Fine. Kalau abang tak balik, Saif kahwin taknak bagitau abang.”

“Hey!!” Suara keras si abang melantang naik. Saiful terperanjat. Ayen menoleh. “Yang tu melampau!! Kau jangan berani nak kahwin dengan perempuan yang abang tak approve!” Telunjuknya lurus sekali ditunjuk ke muka si adik. Saiful mengerut dahi.

Then come home. Saif boleh kenalkan dia kat abang…”

Syafik mendesis. Terperangkap kembali. “How about Nawal? Masih dengan Irfan?” Tukar topik. Saiful menjungkit sebelah kening.

“Abang tau Eli dah tak bersama dengan Irfan sejak abang dajalkan dorang dulu…. Dan Eli sekarang… bukannya Nawal yang abang pernah kenal.”

What? Berubah sangat ke?” Dia berpeluk tubuh. Saiful pula tersenyum nipis.

“Berubah alright. Tahap berubah yang abang perlu balik dan tengok sendiri.”

Pandai kau balik ke poin asal, Saif. “Tak habis lagi niat kau tu.”

It’s a mere request dari adik yang berpisah dengan abangnya sembilan tahun lalu tanpa sekali pun bertemu. Abang keras hati sangat ke taknak tunaikan permintaan Saif?”

Syafik menjeling. “Kita bertemu la ni, kan? Ain’t that wish of yours granted already?”

Dan Saiful mencerun. Sengal. Malas. Lalu dia mengeluh. Pandangan dilarikan ke lain. “This conversation is really one-sided…” Lantai direnung. “Dulu abang bukan main lagi thrashing ayah sebab apa yang dia buat kat ibu… tapi sekarang abang pun sama tahap teruk dengan ayah…”

That proves that bastard’s filthy blood runs in my vein.”

Thus, in my vein, too! Tapi why is it Saif masih nak keluarga kita bersatu kembali… we share that same filthy blood… kenapa abang tak terasa nak balik ke tanah air kita semula…”

Lelaki berambut panjang itu senyap. Wajah kusut si adik direnung. Sayu hatinya, namun dia kena bertegas. Penumbuk lalu diletakkan pada dada bidang adik yang tinggi. “Then that means perbezaan kita ialah hati. This important piece of meatyou possess a very beautiful heart, Saif… unlike me We are different. You inherit mom’s soft personality… dan kau kena jaga sampai mati.”

“Abang pun…”

No.” Tenang memotong, namun tegas membantah. Mata redup si adik ditentang dengan mata galak miliknya. “An eye for an eye. Abang di sini ialah untuk ayah, and I’ll smash up that guy good.”

Terdiam dia. Keliru dengan ayat yang dipakai. “Abang cakap apa ni?”

Syafik menggeleng kepala. “Abang akan cuba balik raya… biasanya cuti raya berapa hari?”


AYEN menoleh bila terdengar derap kaki mendekat. Si lelaki kacak berambut pendek yang tersenyum padanya ditentang dengan riak kosong.

“Apa cer?”

Manage to make him promise to go back… tapi that promise memang sangat gullible…” Saiful membuang nafas tak puas hati. Terlalu banyak isi perbualan yang tidak difahami dari si abang. Terlalu banyak persoalan baru yang keluar dari kepala. Nafas dikeluh. Mungkin buat masa ini, dia masih boleh bersyukur sebab terbukti abangnya sihat dan masih hidup. Misi selesai… walaupun terasa macam gagal at some point.

Ayen mengangguk. “Kalau dia tak tunaikan janji balik raya, kau nak buat apa? Datang sini dan cari dia lagi?”

“Keh. I’m not that persistent.” Kaki mula melangkah, keluar dari Wilton’s Music Hall. Ayen mengekori. Mereka sama-sama melangkah di laluan pejalan kaki, membina langkah nak balik ke bumbung yang sama. “Aku nak bina hidup baru kat Malaysia la kut.” Mata dijuling ke pokok berdaun oren dan cokelat.

“Ooh… okey.”

Saiful menoleh. “Kau taknak tanya hidup baru yang macammana aku nak cipta, lady?”

“Hidup baru yang macammana yang kau nak cipta, big guy?” Tanpa menoleh ayat itu diulang tanya. Tergelak Saiful dibuatnya.

Marriage…”

“Hu?” Ayen menjeling. Lelaki itu pula kekal tersengih sebelum kembali memandang jalan.

Marriage planning.Aku dah lama teringin nak jadi marriage planner. Cuma dengan buat bisnes jual macam-macam pakej perkahwinan. Ada yang customize ikut permintaan individu, and my job is only to plan, commence, dan dapat duit. Ain’t that easy.”

“Wha… hahahahaha.” Terlepas gelaknya, menyebabkan Saiful menoleh bersama senyum. “Nak commence tu yang susah tu.”

That’s why it called, job.”

“Hihihihi. Twisted sungguhlah. Aku ingatkanlah kau yang nak kahwin ke apa…”

“Heheh. Takda calon lagi.”

“Ehe.. that Elisa lady?”

“Hurm… kalau dia revert balik personality Nawal dia, maybe aku boleh terima.”

“Hm?” Ayen menoleh keliru. Saiful pula sekadar memberi senyum.

Kaki sama-sama melangkah dalam tempo yang sama, walaupun akhirnya Ayen ketinggalan di belakang kerana langkah kaki yang lebih kecil. Saiful menjeling. Gadis itu berlari anak supaya berada di sebelahnya semula. Dan ketinggalan lagi beberapa langkah. Ayen mendengus, lalu berlari lagi hingga berada di hadapan Saiful. Lelaki itu tersenyum kelakar.

Shorty,” ejeknya bila mereka beriringan semula. Bagi mengurangkan usaha si gadis kecil berlari dan berjalan, langkahnya dilambatkan. Selesai masalah Ayen.

Ayen mencemik. “Kau yang overgrown sebagai seorang melayu.”

“Ya… ya…”

Bibir dijuihkan. “Big guy.”

“Hm?”

“Elisa dan Nawal tu… orang yang sama, eh?”

Saiful menjeling. “Kenapa tanya?”

Well… abang kau tadi panggil aku Nawal. Kau pula pernah panggil aku Elisa. It’s a person with two names le kut…. I mean… takkanlah kembar tujuh aku ramai sangat keluar sekaligus sekali jumpa, kan?”

Saiful tertawa erlahan. “Yeah…. Nawal and Elisa is the same person. Nawal Elisa. My childhood friendno. Our childhood friends.”

“Oh… serupa sangat ke dengan aku sampai sekali tengok pun confuse sungguh?” Si kacak di sebelah dikerling.

“Hahaha. Iyela tu kut sebab sekali tengok, kitorang pun confuse sungguh. Korang punya mata tu memang betul-betul serupa… dan rias muka pun. Bila tengok sekilas, korang look exactly the same. Two peas in a pot.” Senyum diberi pada langit, pada rakan perempuannya yang dibayangkan di sana. “Tapi she’s fairer, and her voice is softer, and she’s got no scars kat mana-mana bahagian tubuh.” Ayen spontan menutup parut bergaris di pipi kanan. Saiful menjeling lagi. “And she’s no more a Nawal.”

“Ha? Maksud kau, dia buang nama dia?”

No… maksud aku, she’s a Nawal sebelum dia berubah menjadi Elisa…. Aku masih cuba nak tolong dia berubah balik…” Ayen dikerling. “Lady, you live in JB right?”

Berkerut dahinya. “Tak.” Geleng.

“Tapi dulu you cakap begitu.”

I was once live there, yes. Sebab my kampus kat JB. Tapi I was born in Pahang. Parents aku ada kat Pahang. Kampong aku di Pahang.”

“Oh… okay. Doesn’t matter ne’way.”

Then why bother asking.” Sengal.

Saiful terkekeh. “You ada ayah, mak dan adik perempuan, kan?”

“Eeeh? Mana tahu?”

The mistress.”

Mata membulat, terkedu. “Fafa…” Ayen menderam sambil menoleh ke arah bertentangan. Tangan siap membentuk penumbuk ke udara.

Saiful tergelak perlahan. “Saydo you have a boyfriend?”

The conversation has gotten a little too personal, big guy. Kenapa tanya?”

Bahu dijungkit. “To make sure that aku tak goda aweks orang.”

“Eheh. Hahahaha… siapalah yang nak kat aku yang tak cantik ni.” Parut yang agak panjang di tulang pipi kanan disentuh. Pandangan Ayen meredup pada dedaunan oren coklat yang jatuh di jalan. Angin bertiup, menolak daun tersebut ke mana-mana arah, baik ke jalan, ke taman sebelah, mahupun naik semula ke udara. Tangan digenggam kemudian dan dibawa ke bawah ketiak. “Sejuk…”

Lelaki tinggi itu menjeling lagi. “So, you have no boyfriend?”

Yes…” Pada pokok kering dia membalas.

Someone that you like?”

Spontan wajah seseorang terbayang di ruang fikiran. Sedang tersenyum dengan lagak cool. Ayen menutup mata, menghapuskan bayangan itu dari terus timbul di benak. “No.”

So, you are single and available. Betul ni? Tak menyesal?” Suara Saiful kedengaran lagi. Ayen mendesis, lalu menjeling.

“Kau ni kenapa sebenarnya?”

“Betul ke tak?” Riak itu bertanya serius. Ayen mendengus perlahan.

Yes and yes! Aku single and available and aku taknak mana-mana boyfriend buat masa ni sebab aku tak boleh nak bagi komitmen sebab aku nak balik rumah dan jaga adik aku! Okey?!”

“Ohhoh… hehehe. Okay.” Senyum meleret.

Berkerut dahinya. Saiful dipandang dengan riak hairan sementara kaki terus melangkah dan mengiringi langkah panjang itu.

“Kenapa tanya, oit?”

Just to make sure I’m not hitting on someone’s love item.”

“Oookay… first, aku tak suke term love item tu, and second, bila masa kau hit on me?” soalnya, betul-betul pelik. Mamat ni iye-iye je. Bercakap sebarang!

Saiful masih tersenyum. Sesuatu menarik perhatiannya di tepi jalan, lalu dia mencangkung. Ayen berhenti melangkah. Belakang tubuh panjang itu direnung. Angin yang bertiup semakin kuat dan tubuh semakin terasa suhu yang sejuk di kulit nipis. Tangan beralih dari bawah ketiak dan dipadatkan ke dalam poket kot tebalnya. Bahu dirapatkan ke leher, menahan sejuk.

Big guy… jomlah balik cepat…”

Lady…”

“Huh?”

Lelaki itu bangkit, lalu mendekat ke arahnya. Ayen melangut tinggi, melawan pandangan mata biru kilat yang ditala tepat ke wajah. Saiful mengangkat tangan ke depan muka Ayen, menyebabkan mata coklat gelap itu juling ke hidung. Perhatian mata jatuh pada bunga kecil berwarna kuning di pegangan lelaki itu kemudian.

“Apa ni?”

Tahik rodent.”

Tahik kau…”

“Ahahaahha… vulgar sunggur. Ni la namanya bunga, budak kecik. Bukan daisy, bukan dahlia, bukan alamanda, bukan jugak bunga taik ayam.” Tenungan yang tajam dari si gadis dibalas dengan sengih kelakar. “Untuk kau.”

“Aku nak touching-touching pun susah sebab kau.” Bunga di depan matanya dipandang lagi. “Tapi… uhuhuhuhuhuhu… hahahahahaha.” Tak percaya dengan apa yang dilihat, tapi bunga kecil ini memang betul-betul ada depan mata dia untuk dia. Saiful dipandang dengan senyuman kelas satu. “First time aku dapat bunga. Hahaha. Sungguh ke kau nak bagi ni?”

Tersenyum si jejaka. “Ambik la. Bunga tepi jalan je pun.”

“Ahahaha… teruk punya line nak goda orang. Tapi, cantik though…” Bunga itu disambutnya.

Saiful tersenyum nipis. “This is a mere flower… tapi aku serius. Sudi tak jadi isteri aku?”

Huh? Ayen mendongak. Senyumannya membeku. Bunga masih tidak dilepaskan oleh si pemberi walaupun si penerima cuba nak menyambut. Riak lelaki itu nampak serius, dan Ayen gagal mengerlipkan mata. Informasi lambat-lambat masuk ke dalam kepala, lalu mata gadis itu membulat. Besar!

“Kau-kau-kau-kau gila!” Kaki terundur ke belakang pada setiap ayat yang dijeritkan. Angin tiba-tiba bertiup kuat. Ayen terperanjat, lagi-lagi dedaunan turut mengenainya bila ditolak squall yang mendadak itu.

Bunga terbang ke langit, termasuk dedaunan yang mati. Saiful mendesis, menoleh ke langit. Cuaca nampak buruk. Jalan raya lalu dipandang. Mujur, teksi hitam ada di hujung jalan. Lekas tangannya melambai, memanggil teksi. “Lady!” Panggil Saiful, memberi isyarat supaya merapat ke jalan raya. Ayen berlari anak, menurut perintah
Previous: Dour 4
Next: Dour 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.